OWNER :)

NILAM MIZATI MOHD ISMAIL
17 Y/O ON 24 JUNE 2012
STAY JB . HOMETOWN DIAMOND BAY
SULTAN IBRAHIM GIRLS SCHOOL

Followers :)

18# cerpen - ku tetap menanti

readerr:)
assalammualaikum dan hello , okay this is my third cerpen and will be the last cerpen for 2011. next year dah form five, after SPM baru i buat balik kot cerpen. haha, have a nice reading peepss :)

"Kringgggggg Kringgggg!" deringan jam lonceng Ikin menganggu dirinya dari terus bermimpi. Pantas saja tangannya menekan button tengah untuk berhentikan bunyi bising. Dia mengambil bantal peluknya lalu melayari mimpinya semula. Amira membuka pintu bilik kakaknya perlahan-lahan, jangkaannya Ikin sedang mandi untuk bersiap ke sekolah tetapi berlainan pula dengan apa yang dia fikirkan tadi. Ikin masih nyenyak diulit mimpi Indah. Amira menepuk dahinya, dia menggeleng kepalanya.

"Akakkkk! Bangunlah dah lambat ni!" jerit Amira di telinga Ikin. Pantas sahaja Ikin bangun dan melihat angka yang tertera di jam loncengnya, 6.45AM. "Ya Allah, asal kau lambat bangunkan aku. Mati aku nanti kena demerit lagi!" Ikin terus bangun lalu mengambil tualanya yang bergantung di pintu. Cepat sahaja dia mandi. "Bibik! baju sekolah Ikin mana?" jerit Ikin dari kamarnya. "Akak, tu lah baju sekolah akak. Dah siap dekat atas katil. Apalah akak ni" bebel Amira lalu keluar dari kamarnya.

*********

Suasana riuh-rendah terdengar dari kelas Empat Akaun. Ikin hanya duduk diam membuat latihan yang dia tidak sempat siapkan sambil mendengar gossip dari Adriana, ratu gossip SMK Dato' Alifitri. "Eh, tadi..." Adriana memulakan kerjanya sebagai tukang gossip. "Here it come the gossip" kata Ikin dengan perlahan, tangannya masih membuat latihan tanpa henti tapi telinganya menangkap apa yang menjadi butir bicara ratu gossip.

"... masa aku datang sekolah tadi. Aku ada nampak satu mamat handsome. Eh, aku tak tipu. Sangat handsome, haa. Kau orang jangan nak rampas dia dari aku tau...." terus pecah ketawa ratu gossip secara tiba-tiba. Ikin hanya membuat muka. "Kau, semua handsome kau tibai tapi satu pun tak melekat dekat kau. Siapa suruh suka bercakap, hish. Kalau boleh jumpa boyfriend kau pun, kau nak ajak bergossip" bebel Ikin sendirian, dia menutup latihan yang sudah selesai disiapkan. "Alhamdulillah, siap!" getus hati Ikin

"Ikin!" pantas satu cubitan hinggap di pipi Ikin. "Ouchh! Sakitlah Syera" Ikin mengusap pipi kanannya, terasa perit dek cubitan Syera. "Hee, sorry sorry. Haa, kau dengar tak apa Adriana cakap?" tanya Syera untuk mendapat kepastian, laju sahaja dia duduk di sebelah Ikin. "Aku dengar, kalau ya pun mamat tu handsome, biarlah." kata Ikin dengan malas. "Tapi kan Ikin, rugi kau tak tengok dia. Serious wehh, dia handsome. Kau tak percaya jom Ikut aku" tanpa mendengar kata-kata Ikin, Syera terus menarik tangannya dan bawa ke perpustakaan.

********

Ikin hanya mengikuti langkah Syera, dia malas hendak layan perangai gila-gila kawannya ini. Ada sahaja sampaikan naik pening kepalanya melayan Syera. "Tengok tu! Handsome!" Syera menunjuk ke arah lelaki yang duduk di sofa yang terdapat di perpustakaan. Ikin hanya buat tidak tahu. "Ikin nampak tak?" tanya Syera, dia menoleh kebelakang Ikin tidak melihat lelaki yang dia tunjukkan tadi. "Kau sini, tengok tu" Syera memegang kedua-dua belah pipi Ikin untuk melihat lelaki tadi.

"Hishh tak nak lah" Dia menepis tangan kawannya sehingga melanggar buku yang dibawa oleh seorang pelajar lelaki dari perpustakaan. Tanpa melihat siapa pelajar tersebut, Ikin pantas mengutip buku yang bertaburan dia atas lantai. "Minta maaf, saya tak sengaja langgar awak tadi. Minta maaf banyak-banyak" Ikin menghulurkan buku yang dikutip olehnya, matanya hanya memandang tepat ke lantai. Syera hanya menutup mulut, terkejut dengan apa yang dia lihat. "It's okay. Lagi pun bukan salah awak, saya yang jalan tak tengok orang sebenarnya" kata pelajar itu.

Ikin hanya menggigit bibirnya, dia mengangkat muka untuk melihat pelajar tersebut. "Ya Allah, bukankah ini mamat handsome yang Adriana cakapkan tadi. Handsomenya dia" getus Ikin. Matanya tidak berkedip memandang pelajar tersebut. "Awak okay?" pelajar tersebut memetik jari di hadapan wajah Ikin. Ikin tersedar dari lamunannya, "By the way, saya Amir Zulkifli. Saya pelajar baru" Amir hanya tersenyum, "Saya Asyikin Arisya" Ikin juga memberikan senyuman yang paling manis.

********

Perkenalan Ikin dengan Amir sudah lima tahun, sekarang ini Amir berada di Universiti Oxford melanjutkan pelajarannya dalam bidang business management. Ikin juga melanjutkan pelajarannya, tapi tidak sehebat Amir. Dia hanya melanjutkan pelajaran di UITM Shah Alam tetapi dia mampu meraih kejayaan walaupun belajar didalam negara. Walaupun jarak mereka jauh, mereka sentiasa berhubungan di laman siber tetapi sejak kebelakangan ini Amir menyepi. Ikin masih menunggu email dari Amir.

********

"Akak? Akak sihat?" tanya Amira sebaik sahaja tiba di meja makan yang ditempah akaknya. Hairan dia, secara tiba-tiba akaknya mengajaknya makan malam. Ikin tersenyum, tapi senyumannya itu tidak mampu menipu matanya yang penuh penantian menanti Amir. "Akak sihat, adik akak macam mana? Kerja okay?" tanya Ikin dengan lembutnya. Amira tersengih, "Boleh lah, haha" dia ketawa kecil. Akaknya turut ketawa, " Ehh, adik ni. Main boleh boleh pula. Awak dah besar lah" perli Ikin, Amira masih juga tersengih.

Gelak mereka terhenti tatkala mata Ikin tertumpu pada seseorang yang amat dia kenali, Amir. Ikin terus bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke arah Amir. Kakinya melangkah dengan sendirinya seperti ada magnet yang menariknya untuk pergi ke pemuda tersebut. "Amir?" lembut sahaja suara Ikin tapi dapat didengari oleh Amir. Amir pusing kebelakang, "Ikin? Awak buat apa dekat sini?" tanya Amir sambil tersenyum seperti tiada apa yang berlaku.

"Saya makan malam dengan adik saya, awak?" tanya Ikin cuba untuk menutupi keresahannya. Tiba-tiba Amir memanggil seorang wanita anggun, dress merah yang begitu cantik tidak seperti Ikin. Hanya memakai jubah labuh dan selendang yang dihiasi manik menutupi rambutnya. Begitu ketara antara mereka berdua seperti langit dan bumi. "Ini saya kenalkan, bakal tunang saya. Kami berjumpa di Universiti, Maria" kata Amir dengan selambanya. Maria kelihatan terkejut dengan penjelasan Amir, Amir hanya tersenyum memandangnya.

"Hai selamat berkenalan, tak apa lah kalau begitu. Saya pun dah nak balik, jumpa lagi Amir" kata Ikin dengan sayunya. Dia terus mengambil beg tangannya di mejanya dan mengajak Amira segera pergi dari situ. Air mata yang dia tahan sejak tadi, sudah mengalir membasahi pipinya. "Sampai hati awak Amir, saya tunggu awak begitu lama tapi awak. Awak tinggalkan saya macam itu sahaja" Ikin menangis tersedu-sedu di tempat duduk pemandu.

*******

Sudah tiga bulan perkara itu berlaku. Ikin menyepikan dirinya, dia pergi ke Pulai Tioman untuk menenangkan dirinya. "Ya Allah, inikah salah satu dugaan yang terpaksa aku lalui untuk menantinya begitu lama" getus Ikin dalam hatinya. Air matanya menitis lagi. Betapa perit apabila dia masih teringat dengan kata-kata Amir "....saya kenalkan, bakal tunang saya..". Ikin membaling batu ke dalam laut untuk melepaskan geramnya terhadap Amir. "Kenapa awak buat saya macam ni! saya tunggu awak begitu lama!" jerit Ikin memecahkan keheningan malam di pantai.

Air matanya mengalir deras di pipi, tiba-tiba sahaja ada orang memeluknya dari belakang. Ikin terkejut, tapi dia tidak boleh melawannya. Rangkulan dipinggangnya begitu kemas sehinggakan dia tidak boleh melepaskan dirinya. Dia merasakan hembusan nafas di telingannya, "Saya juga lama tunggukan awak Ikin, maaf kan saya kerana menyakitkan hati awak" bisik pemuda itu. Ikin terkejut, dia kenal suara itu. Air matanya mengalir tanpa henti.

Dia memusingkan badannya memandang pemuda itu. "Amir, kenapa awak buat saya macam ni? saya tak bermimpikan? awak kenapa jahat sangat?" tanya Ikin bertalu-talu sehinggakan tidak sempat Amir untuk jawabnya. "Awak sayang saya tak?" tanya Amir, dia menyeka air mata yang terus mengalir di pipi Ikin. Ikin menganggukkan kepalanya, "Awak nak jadi isteri saya?" tanya Amir lagi sekali. Ikin terdiam, "Tunang awak?" tanya Ikin dengan hairan.

"Saya putuskan dia sebabkan saya tahu hati saya hanya untuk awak, saya tahu awak menanti saya begitu lama dan saya sayangkan awak" kata Amir mematikan pembicaraan mereka berdua. Ikin hanya tersenyum, penantiannya kini berakhir. Benar kata pujangga, jika ada jodoh kita akan tetap bersama. Alhamdulillah selepas mendirikan rumah tangga selama dua tahun, mereka sudah dikurniakan dua cahaya mata. "Abang sayangkan Ikin" pantas Amir mencium dahi Ikin, Ikin berasa begitu tenteram disisi Amir.

thanks for reading :)
kbye :)