OWNER :)

NILAM MIZATI MOHD ISMAIL
17 Y/O ON 24 JUNE 2012
STAY JB . HOMETOWN DIAMOND BAY
SULTAN IBRAHIM GIRLS SCHOOL

Followers :)

15# : cerpen - iqha :)


readerss :')


assalammualaikum and hey :') .


siapa yang rajin baca panjang-panjang . baca lah , i buat cerpen about someone yang pernah i sayang. before that, i minta maaf. nama-nama yang terdapat dalam cerpen ini, hanya rekaan semata-mata. tapi jalan ceritanya adalah benar. selamat membaca :)

"Ilya! sini kejap, aku nak bagitahu kau something?" Azie memanggil Ilyaa yang tidak jauh dari tempat duduknya. "Kau nak apa?" tanya Ilyaa penuh kehairanan. "Ni aku nak cakap sikit, if ada orang nak kenal dengan kau. Kau nak tak" Ilyaa membuat muka setelah mendengar pertanyaan Azie. "Siapa? Haha, mehh sini biar aku kenal dengan dia" Ilyaa ketawa kecil padahal dalam hatinya tidak bermaksud pun apa yang dia cakapkan tadi kepada Azie. "Betul ni?! nanti aku bagi tau Shah" Azie tersenyum lebar sambil memegang handphone di bawah meja. Sebenarnya mereka merupakan pelajar asrama. Membawa handphone adalah dilarang tapi disebabkan remaja tidak boleh lepas dari handphone. Mereka bawa juga walaupun itu satu kesalahan.

"Kenapa Shah masuk pula dalam hal ni?" Ilyaa bertanya. "ohh, lupa nak cakap orang yang nak kenal dengan kau tu member Shah. Alaaa, kau tak payah takutlah. Aku pernah tengok muka dia, boleh tahan lah . Sesuai dengan kau! haha" kata Azie dengan bersungguh-sungguh. "hmm, yelah-yelah. Lagipun aku layan dia macam tu je lah dulu" kata Ilyaa lalu pergi ke meja belajarnya.

********

"Azie! tadi ada budak misscall aku banyak kali. Tapi aku tak angkat, cuba kau tengok number ni. Kau kenal tak?" Ilyaa menunjukkan number yang tertera di skrin handphonenya. "Haa! ni number Akim. Ni lah budak yang nak kenal dengan kau. Kau tak percaya aku? kejap, Shah pernah guna number ni call aku. Aku cari dalam call log aku" Azie mengambil handphone lalu mencari number yang ditanyakan Ilyaa. "Tengok ni, aku tak tipu kau. Kau text dia tak" Ilyaa menggelengkan kepala menandakan dia tak menghantar sebarang text kepada akim. "Ehh kau ni, text sekarang. Aku tolong sikit-sikit"

Ilyaa : Hey, ni siapa?
Akim : Ni akim.
Ilyaa : Akim mana? i tak kenal you pun.
Akim : You memang tak kenal i. Tapi i kenal you.
Ilyaa : Mana you dapat number i?
Akim : Ohh, i dapat dari Shah. You kenalkan siapa Shah?

"Ehh Shah ni, memang nak kena" Ilyaa berkata dalam hati. Selepas itu, bermula lah perkenalan antara Ilyaa dengan Akim. Hanya menggunakan handphone sahaja. Setiap hari mereka akan menghantar text, tidak pun Akim akan call Ilyaa.

********

Setelah beberapa hari, Ilyaa mendapat tahu bahawa Akim mempunyai hubungan dengan orang lain. Dia masih ingat apa yang dikatakan oleh Ifah. "Akim masih dengan dia lah, aku tahulah. Dia kan kawan aku, hari isnin masa cuti hari tu. Aku baru keluar dengan dia. Kau tahu tak Akim layan dia macam nak tak nak. Aku pun tak tahu kenapa". Ilyaa memandang skrin handphonenya terdapat text dari Akim. "Kenapa you buat i macam ni Akim, you dah buat i sayang you tapi you" Ilyaa tidak dapat menahan airmatanya dari mengalir.

Ilyaa : You jangan text i lagi, you tipu i. Hari tu, you cakap you lupa bawa phone kena tumbuklah sampai lebam. Tapi rupanya you keluar dengan girlfriend you.
Akim : I'm sorry, i tahu i tipu you. Maafkan i, i sayangkan you.
Ilyaa : Betul you sayangkan i, if i suruh you buat something. You boleh buat?
Akim : Cakap je, i akan buat.
Ilyaa : Clashkan dia, if you sayangkan i.

*********

`"Ilyaa! Akim dah clashkan member aku. Dia menangis tak henti-henti. Kau tahu tak dia bawa buku yang dia tulis pasal Akim sampai kerumah Nurul. Kesian dia, Akim jahat! sukahati dia nak buat member aku macam tu" Ifaa membebel panjang, Ilyaa hanya terdiam. Dia tahu dia yang bersalah dalam hal ini, tapi dia tak berani nak cakap. "Maafkan aku" itu sahaja yang mampu dia ucapkan dalam hatinya.

**********

"Ilyaa, Akim ada ajak kau keluar tak rabu ni?" tanya Azie. "Ada tapi aku tak tahu nak pergi ke tak. Takkan aku nak pergi sorang-sorang" kata Ilyaa tapi tangannya tidak berhenti membuat latihan yang diberi oleh Pn.Latifa . "Aku pergi lah, kau turun dengan aku eh?" tanya Azie, Ilyaa mengangkat mukanya memandang Azie. Dia tersenyum "Okay."

**********

"Mana dia orang ni, movie dah start tahu tak!" rungut Ilyaa. "Aku pun tak tahu, dah nak sejam movie start" Aziee duduk disebelah Ilyaa. "Kalau aku tahu macam ni. Aku malas nak keluar, dah lah kite cabut dari sekolah" Ilyaa membebel seorang diri tiba-tiba ada tangan yang memegang bahunya, dia memalingkan mukanya memandang kearah lelaki yang memegang bahunya. "Lama tunggu?" tanya Akim sambil tersenyum.

***********

"Ehh Akim, aku, Azie dengan Alif pergi makan dekat kotaraya tau. Kau duduk Jco je kan?" tanya Shah, Akim hanya menganggukkan kepalanya. Selepas itu dia memandang Ilyaa, Ilyaa hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu nak cakap apa. "You, hm ni hadiah dari i untuk birthday you. I minta maaf sebab tak dapat sambut birthday you" Akim menghulurkan paper bag yang agak besar buat Ilyaa. "Terima kasih, It's sokay. I tak ambil hati pun" Ilyaa tersenyum.

Selepas beberapa minit, Akim menggenggam tangan Ilyaa. "Couple jom?" Akim cakap dengan selambanya. Ilyaa tergamam, "Hishh dia ni, tak sweet betul" rungut Ilyaa dalam hati. "Apa?" Ilyaa buat-buat tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Akim. "You nak jadi couple i" tanya Akim buat kali kedua, Ilyaa mengangguk tanda dia mahu.

*********

Suatu hari mama Ilyaa tahu tentang perhubungan Akim dengan Ilyaa . "Siapa Akim tu?" tanya Pn.Ina dengan tegas. "Akim mana mama?" Ilyaa buat-buat tidak faham apa yang ditanyakan oleh mamanya. "Siapa Akim yang dengan kamu?". "Mana mama tahu pasal dia? Ilyaa tak pernah cakap pun pasal dia dekat mama" Ilyaa memandang wajah redup mamanya, kelihatan sedikit tegang dek menahan marah. "Kamu tak payah tahu mana mama tahu. Mama nak kamu putuskan hubungan kamu dengan Akim tu, kalau tak siaplah kamu" Pn.Ina bangun dari sofa terus menuju ke biliknya. Ilyaa hanya menahan airmata yang mengalir.

*********

Perhubungannya dengan Akim dah lama putus. Dia tidak tahu bagaimana mahu membuat Akim faham tentang ibunya. Ibunya memang memilih orang. Dia cerewet kalau pasal sesiapa yang dengan Ilyaa. "Akim tu masih mentah, kamu pun sama. Mama masa umur kamu dulu, dah couple dengan orang yang berkerja. Biar dia tanggung kamu, bukannya cari budak sekolah menengah. Kamu faham tak apa yang mama cakap kan ni!" kata-kata Pn.Ina masih bermain dalam fikirannya. Dalam pada masa yang sama Ilyaa cuba meredhakan tangisannya dengan menghubungi seorang rakan lelaki yang dia kenal dalam Facebook, Idris.

********

Dua bulan sudah berlalu, Ilyaa pun sudah putus dengan Idris. Dia berasa begitu bodoh kerana mempercayai kata-kata Idris yang begitu manis. Dia sudah malas nak melayan lelaki, seriously dia masih teringat Akim. "Dia jujur dengan aku, dia berubah sebab aku. Sampai sekarang dia treat aku baik. Aku tahu aku still sayang dia. Tapi dia, mestilah dia marahkan aku pasal dulu" Ilyaa menyeka airmata yang terus mengalir. "Kau dengar cakap aku, if dia minta couple balik kau accept tak?" tanya Bella. "Mestilah, aku sayang dia. Kalau tak buat apa aku kesana kemari bawa teddy bear dia" Ilyaa tersenyum.

**********

Hari terakhir sekolah, Akim minta couple dengan Ilyaa. Yes, seriously Ilyaa gembira. Ilyaa teringat semasa dia baru habis buat persembahan tarian di kenduri kahwin abang yanaa. Dia terpaksa memakai baju kurung untuk berjumpa dengan Akim di City Square. Malu? Tak payah cakap. Sangat-sangat malu, tapi nasib baiklah Akim pakai kemeja masa tu. Jadi segan Ilyaa pun kurang sedikit . Ilyaa hanya menggigit bibir ketika teringat kenangannya dengan Akim kerana kegembiraan itu tidak lama . Hubungan Ilyaa dengan Akim sudah pun lima bulan tiga minggu, tapi nak buat macam mana. Tiada jodoh dia antara mereka. Ilyaa terpaksa membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka buat kali kedua.

"I putuskan you bukan sebab i ada orang lain, tapi i nak kita matang dalam kehidupan sendiri. You berubah, i pun dah berubah. I taknak kita macam ni, biar kita ikut takdir ALLAH. Semuanya adalah ketentuan DIA, mungkin ada hikmah di sebaliknya. I minta maaf untuk semuanya, i harap you halalkan makan minum i. I sayangkan you , but i tahu perasaan tu dah berkurang mengikut masa. Kata-kata you still i ingat. You milik i sampai akhir hayat, itulah perkataan paling indah pernah wujud dalam hidup i. Tapi i tak boleh dengan you. Jika ada jodoh kita, insya-ALLAH besar nanti. Kita tetap bersama. Bye" kata-kata akhir dari Ilyaa .Jadi hubungan mereka sekarang ini, hanya mengikut takdir ALLAH S.W.T . Jika ada jodoh, mereka akan tetap bersama.


terima kasih sudi membaca :)
kbye .