assalammualaikum and hey, kay cerpen ni. sebenarnya. i dah pernah buat untuk hantar competition, tapi i terdelete. so i buat balik walaupun jalan ceritanya dah tak sama. watak dalam cerpen ni still sama. have a nice day :) baca lah kalau rajin :*
Liyana memandang keluar jendela kamarnya, terdengar siulan burung yang begitu mengasyikkan dirinya. Dia berasa begitu tenang dalam suasana seperti itu. Tiba-tiba deringan telefon bimbitnya memecahkan kesunyian kamarnya. Bila dia melihat nombor yang tertera pada telefon bimbitnya, new number. "Assalammualaikum?" kata Liyana selepas mengangkat panggilan daripada orang yang dia tidak kenali. "Apa!" Liyana menjerit memecahkan kesunyian yang damai sekali lagi. Telefon bimbit yang dipegang olehnya terlepas dari tangannya sehinggakan pecah berderai. "Tidakkkkkkkkkkkkkk!"
********
********
********
Liyana baru sahaja mahu memarahi pemuda tersebut, tetapi sejurus memandang wajah pemuda itu. Dia tergamam, lidahnya kelu untuk berkata. Dia tidak tahu ini realiti ataupun mimpinya sahaja. "Ya Allah, betulkah apa yang aku nampak didepan mataku ini" pantas air matanya mengalir deras di pipi gebunya. Pemuda tadi terkejut melihat Liyana yang menangis secara tiba-tiba. Liyana masih terkaku, matanya mula kabur melihat semua pemandangan. Makin lama makin gelap lalu ia terjatuh di atas pangkuan pemuda tersebut.
********
"Adam, jangan tinggalkan Liyana lagi" Liyana merayu kepada Adam yang sudah meninggalkan dia jauh kebelakang. "Adam!" Liyana terjaga dari mimpi ngerinya. Pn. Aliya memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi, akhirnya Liyana sedar juga. "Sayang, mama dekat sini sayang. Mama ada temankan Liyana" Pn. Aliya membelai rambut Liyana dengan lembut tangan kirinya erat memeluk Liyana yang seperti budak ketakutan. "Mama, Liyana nampak Adam mama. Liyana tak tipu mama."Pn. Aliya kebingungan, maksud Adam yang dikatakan oleh Liyana, Idris. Pemuda yang membantu menghantar Liyana ke hospital. Sewaktu pertama kali melihat mukanya juga, memang Pn. Aliya tak dapat berkata apa. Semuanya sama, dari cara bercakapnya, tingkah-lakunya, perwataknnya. Semua mirip Arwah Adam. Hanya satu yang lain, senyuman Idris lebih manis berbanding senyuman Arwah kerana dia mempunyai dua lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
********
"Haha, apalah you ni Kefli. Tak ada kerja lain apa? Asyik sakat i je. Haha" ketawa kecil Liyana. Ada sahaja yang dibuat oleh Kefli untuk membuatkan dia ketawa seharian. "Liyana, nanti ada member i datang Dia cakap nak buat baju melayu untuk majlis hmm. I tak ingat lah majlis tu, patutnya i yang kena ukur baju dia tu nanti. Tapi i ada hal, so i cakap dekat dia yang you akan tolong. Bolehkan Liyana?" Kefli membuat mimik muka simpati untuk mendapatkan belas kasihan dari Liyana. "Yelah Kefli!" pantas satu cubitan melekat di tanganya, pantas pecah ketawa mereka berdua.
********
"Haa, i pergi dulu. You ambillah ukuran badannya. Takkan tak biasa, kan Liyana?" Kefli menyakatnya, Liyana hanya tersenyum manis. Kefli berjalan dengan pantasnya keluar dari Butik Amore. Liyana mengambil buku catatannya dan memulakan pengukuran badan Idris. "Hmm Encik Idris, tempah buat baju melayu untuk function apa?" Liyana bertanya hanya sekadar untuk menutup kegelisahan hatinya. "Hmm, i nak panggil you apa? you tak kenalkan diri lagi..." Liyana pantas menjawab, "Nur Liyana, call me Liyana" dia memberikan senyuman yang paling manis. Idris terdiam tatkala melihat senyuman yang diukir oleh Liyana."Cantik" terdetik dalam hati Idris untuk memuji kecantikan Liyana.
"Encik Idris? Encik Idris okay tak ni?" Liyana melambai-lambaikan tangannya dihadapan wajah Idris. Tidak semena-mena Idris mendiamkan diri, bagaikan Liyana berbicara dengan pakaian yang sedia ada di butik itu. Idris terus merenung tajam ke arah Liyana sehingga membuatkan Liyana resah. "Encik Idris, dah siap. I pergi dulu ada kerja lain dalam pejabat." Liyana berlari memasuki pejabatnya meninggalkan Idris sendirian. Dia menguncikan dirinya, akhirnya air matanya menitis juga. Matanya tajam memandang potret Arwah Adam yang tergantung di dinding. "Ya Allah, tabahkan hatiku untuk menempuh dugaan-Mu."
********
********
Idris terdiam, dia pun tidak sangka dia akan membuat Liyana seperti itu, dengan perlahan-lahan dia memeluk Liyana yang tersedu-sedu menahan tangisan. "Maafkan i Liyana, i tak sengaja nak buat you menangis. Maafkan i" dia menyeka air mata yang masih mengalir di pipi mulus Liyana. "Kenapa you larikan diri dari i?" tanya Idris, dia merasakan beban yang selama ini dia pendam hilang sebentar. Liyana mengangkat wajahnya memandang tajam ke anak mata Idris. "Kenapa? you betul nak tahu" tanya Liyana mendapatkan kepastian.
"Ikut i..." dia bangun dan terus menuju ke pejabatnya, Idris hanya mengekori Liyana dari belakang. Alangkah terkejutnya apabila terdapat potret seorang pemuda yang mirip akan dia. "Siapa dia ni Liyana?" tanya Idris. "Dia lah Arwah Iskandar Mohd Adam, dia tunang i tetapi Allah lebih sayangkan dia. I cuba untuk kuatkan diri i, melepaskan pemergiannya. Tak mudah Idris, i ambil masa yang lama. Sudah empat tahun, you boleh bayangkan penderitaan i. Selepas itu, you muncul di depan mata i. Setiap kali i nampak you, i akan teringat Arwah. You fahamkan sekarang kenapa i larikan diri dari you." kata Liyana dengan perasaan yang hampa, tangisan Liyana masih belum berhenti.
"Liyana, mungkin apa yang i nak cakapkan ni. You tak akan terima, tapi i tak boleh pendamkan lagi perasaan yang sedia ada untuk you. I sayang kan you, jujur i cakap. I memang betul-betul sayang kan you. I nak you jadi peneman hidup i. I nak you jadi isteri i yang sah. I betul-betul nak hidup dengan you Liyana. I hanya nampak you dalam mimpi i. I dah fikirkan benda ini berulang-kali dan i pun dah berbincang dengan mama i. Dia setuju untuk you jadi menantunya. I hanya tunggu jawapan you. Nur Liyana sudikah anda menjadi peneman hidup saya didunia dan akhirat" kata Idris sambil memberikan sesuatu dalam tangan Liyan iaitu cincin. Liyana cuba mencari kepastian dalam mata Idris, dia tersenyum.
********
terima kasih sudi membaca. kalau sudi bagi comment dekat fb : nilam ismail
kbye :)